Kehidupan dunia... sementara..
"Ya Muqallibal Qulub , Thabbit Quluubana ‘ala Deenika Wa ‘ala Thoo’atik"
“ Wahai Tuhan yang sentiasa membalik-balikkan hati , tetapkanlah hati atas agama-Mu dan ketaatan-Mu”
Ya Allah ya tuhanku, Kau bersihkanlah hati ini dari noda2 kebencian, dari tali2 hasad dengki, dari hembusan2 hasutan syaitan, dan dri onar buruk sangka.
Kau tetapkanlah hati ini agar sentiasa tetap dgn agamamu, tetap dengan ketaatanmu..
Ya Allah ya tuhanku, aku ingin sekali menjadi wanita terbaik di mataMu.
Wanita muslimah yang terpuji.
Tapi kenapa sentiasa ada hati2 yang iri, mata2 yang memandang jelek, dan mulut yang mencebik?
salahkah aku untuk mencuba menjadi yang terbaik?
Kau tetapkanlah hati ini agar sentiasa kuat dalam mencari kedamaian islam.
Kau jauhkanlah aku dari berasa benci terhadap orang yang mengkritik ku.
Kau jauhkanlah aku dari berputus asa dalam memperjuangkan agamaMu.
Kau jauhkanlah aku dari org yang tidak henti2 MEMANDANG RENDAH terhadap perjuanganku.
Aku tahu aku kecil dan x berdaya.
Tp semangat dan hatiku sungguh besar hanya Kau sahaja yang tahu.
Jauhkanlah aku dari melakukan perkara2 yang boleh mendatangkan kemurkaanMu.
Lindungilah aku dari tipu daya Syaitan dan Iblis yang direjam.
Ya Allah ya tuhanku, kenapa hati aku semakin mudah terguris?
kenapa hati semakin lembut di mana kata2 hinaan biasa manusia sudah bisa melukakan nya?
Tetapkanlah hatiku YA Allah...
Kuatkanlah hatiku...
Hanya Kau saja boleh menolongku...
No comments:
Post a Comment