"Dalam pengajian ketuhanan akal hendaklah tunduk mengakui kelemahannya. Akal hendaklah sedar bahawa ia tidak mampu memahami perkara ghaib. Oleh itu akal perlu meminta bantuan hati. Hati perlu digilap supaya bercahaya. Dalam proses menggilap hati itu akal tidak perlu banyak mengadakan hujah. Hujah akal melambatkan proses penggilapan hati. Sebab itulah Hikmat 12 menganjurkan supaya mengasingkan diri. Di dalam suasana pengasingan nafsu menjadi lemah dan akal tidak lagi mengikut telunjuk nafsu. Baharulah hati dapat mengeluarkan cahayanya. Cahaya hati menyuluh kepada alam ghaib. Apabila alam ghaib sudah terang benderang baharulah akal mampu memahami hal ketuhanan yang tidak mampu dihuraikannya sebelum itu"
Apa yg ak faham d ayat tersebut adalah, akal tidak selalunya menjadi telunjuk utama manusia.
"Ada otak pikir"
Di dlm konteks berfikir, akal manusia mempunyai batasan di mana mereka tidak lagi mampu berfikir dgn baik dlm keadaan dan waktu2 tertentu..
Di situlah iman dan hati memainkan peranan...
Itulah yang membezakan seorang Islam daripada agama lain.
Bila dia mempunyai iman yg teguh, akal akan mula berfikir berlandaskan hati dan iman.
Itulah kita perlu mmpunyai HATI YANG BAIK.
IMAN YANG TEGUH.
"al-qolbu wazeerun naaseh"
"Hati adalah menteri yang menasihati“
Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud :
“ Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati “
ayat yg selalu aku baca di Al-mathurat
"Ya Muqallibal Qulub , Thabbit Quluubana ‘ala Deenika Wa ‘ala Thoo’atik"
“ Wahai Tuhan yang sentiasa membalik-balikkan hati , tetapkanlah hati atas agama-Mu dan ketaatan-Mu”
Kita digalakkan membaca ayat ini utk mndapatkan hati dan keimanan yang teguh.
Jadi bolehlah kita ketahui di sini, hati kita boleh berubah2.
Iman boleh bertambah dan berkurang.
Setiap insan mempunyai kelemahan dan kekurangan masing2.
Siapakah kita utk menilainya?
Bagi Perkara buruk dan dosa, kita perlu menjauhinya.
Jika kita mampu, Kita ubah.
Jika tidak, siapakah kita utk mengkritik?
Sedangkan kita sendiri susah mahu mengubahnya,
tidakkah kita pernah berfikir,
bagaimanakah keadaan org yang menanggungnya?
Mungkin mereka jg berkeinginan untuk merasa kemanisan IMAN.
"Dalam membentuk keperibadian itu dia gemar mengikuti landasan syariat, kuat beribadat dan menjauhkan diri dari perbuatan maksiat dan dosa. Dia sering bangun pada malam hari untuk melakukan sembahyang tahajud dan selalu pula melakukan puasa sunat. Dia menjaga tingkah-laku dan akhlak dengan mencontohi apa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Hasil daripada kesungguhannya itu terbentuklah padanya keperibadian seorang muslim yang baik"
Itulah islam menyeru kita untuk sentiasa berbaik sangka.
Kita disuruh membenci kejahatan.
Tp bkn mmbnci seseorg itu atas kelemahannya mengawal dan menjaga hati.
Siapakah kita untuk memandang rendah terhadap orang lain?
Adakah kita mempunyai hati dan keimanan yang mantap untuk melihat rendah orang lain.?
Kita sememangnya akan memandang tinggi org yang berpengetahuan tinggi.
Di situlah kita akan berlumba2 utk mencapai pengetahuan yang setanding dgn org itu.
sekiranya mampu, ubahlah mereka dengan perlakuan
sekiranya tidak mampu, ubahlah melalui perkataan,
sekiranya tidak mampu juga cukuplah mbnci keburukan dengan hati.